~ Perkembangan kehamilan bulan ke 6~

Hari nie bermula hari pertama minggu ke 23....(5 bulan 4 minggu)
tak tahu kenapa hari ni rase sgt2 lesu n tak bermaya
(moody semacam je) ... huhuhu...

Mane tak nye u alls... asyik ke toilet je...
membuang air kecil...sampai rase dah penat nak jalan...
nak bgn pun dh mls sbb baru jalan sikit dah rase semput
pinggang n kaki jgn ckp la rase lenguh memanjang...
kenapa ea ieja rase camnie... ehm.... ape lagi ieja pun
mulakan lah siasatan even byk gak keje kat opis nie...

Jeng3x.....akhirnya ieja tahu nape ieja rase camnie...
so jom kite kaji !!! ^_^

Perkembangan kehamilan bulan ke 6

Baby :
  • Mempunyai sifat yang lebih sempurna seperti : Rambut, kening & bulu mata mulai lebat; Kulitnya halus, sehalus kulit bawang; Bahagian tulangnya juga mengeras; Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. (Erm...sebab tu perut ieja dah semakin membuncit ke depan... hehehe...)
  • Pergerakan bayi adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu.     (owh patut lah baby ieja semakin kerap bergerak2x... rupanya dia dah semakin besar dan cergas... ok... go go go baby mama !!! >_<)
Mama :
  • Akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh2, bisa2 di bahagian kaki & sekitar belakang pinggang. (Yup.... betul tu .... memang ini lah yang ieja rase skrg !!! )
  • Selera makan yang semakin tinggi dan akan sentiasa berasa lapar. Mengalami masalah kenaikan berat badan yang menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis & kaki. (Last check up je berat ieja dah naik 2 kg !!!.... arghh scare nye.... )
  • Kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Adakala terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj. (Yang ini ieja belum mengalami nye lagi..... huk3x)
Tips untuk mama2 yang ada masalah sakit dan lenguh pinggang
  • Banyakkan exercise dan jangan duduk dalam tempoh yang lama
  • Pakai pakaian longgar dan selesa.
  • Sentiasa sapu balm/minyak bagi kurangkan sakit dan elakkan terlalu banyak makan ubat.
  • Elak melakukan kerja2 berat.
  • Pakai kasut yang rata dan selesa. Jangan pakai kasut tinggi.
  • Tidur, duduk dan berdiri ikut posisi yang betul. Lapik bantal kat pinggang supaya lebih selesa.
  • Jangan makan benda sejuk dan berangin.
  • Minum susu lebih kerap. Kalau tak lalu susu, boleh ambil pil kalsium.
U alls jangan sangka sakit yang remeh n temeh nie tak bahaya...
kadangkala, sakit pinggang masa hamil ni boleh menjadi masalah serius seperti:
  • Buah pinggang bengkak
  • Dijangkiti kuman pada saluran kencing
  • Kedudukan bayi yang songsang
So walau apa pun masalah kita, jangan biar ia berlarutan.
pergi lah berjumpa doktor dan seeloknya buat ultrasound
KUB bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul.



0 comments: