~ G6PD ~


Ellop u alls.... Hari ni terajin la pulak
ieja nak search dan siasat info2 pasal G6PD...
so hasil penyiasatan secara ringkas a.k.a senang paham :

APA ITU G6PD???

- G6PD (Glicose 6 Phosphate Dihydrogenese) adalah sejenis penyakit enzim didalam sel darah merah. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina dan boleh diwarisi oleh faktor genetik. Walaubagaimanapun ia sering melibatkan kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan kebanyakkan nya adalah sebagai pembawa.

- Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD dikalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.

- Ibubapa dan doktor perlu beri perhatian yang serius jika bayi didapati kekurangan G6PD kerana bayi boleh mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran - hanya jika ditahap paling bahaya.

-Tetapi ibubapa tidak perlu risau kerana kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit berjangkit tetapi sepanjang hayat. Pada dasarnya ia tidak berbahaya cuma perlu mengelak dari sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Erti kata lain jika 'pantang larang' dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam. 


PANTANG LARANGAN !!!

- Kacang parang
- Ubat gegat
- Anti malaria
- Ubat gatal
- Sulfanamides
- Dapsone
- Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sehseh



Apabila anak demam atau sakit, ibu bapa perlu maklumkan kepada doktor yang anak kekurangan G6PD so doktor akan take noted dan bagi ubat-ubat yang sesuai. Sebab sesetengah ubat boleh mengundang bahaya.


SENARAI UBAT YANG PERLU DI ELAK :

ANTI MALARIA:

- Chloroquine
- Hydroxychloroquine
- Primaquine
- Pentaquine
- Quinine
- Mapacrine

ANTI RHEUMATIK / ANALGESIK

- Phenacetin
- Aminopyrine
- Acetylsalycylic Acid
- Antipyrine
- Probenecid
- Acetalinid

ANTIBAKTERIA

- Chloramphenicol
- Furazolidine
- Nalidixic Acid
- Nitrofurantoin
- P.Aminosalicylic Acid
- Sulphonamide
- Sulphasoxazole
- Sulphamethoxypylidazine
- Sulphathizole
- Sulphamerazine

LAIN-LAIN

- Chlorpheniramine
- Dapsone
- Dimercaprol
- Antistine
- Napthalene (Ubat Gegat)
- Phenythydrazine
- Expectorant Diphenhydramine
- Tripelennamine (Pyribenzaminie)
- Procalnamide
- P.Aminiphenol
- P.Aminobenzoic Acid
- SS Cream
- Faza Beans
- Vitamin K.Analaques
- Pyrimidone
- Methylene Blue

Setiap kali menerima ubat dari doktor/pharmacist, ibubapa perlu menyemak dan memastikan ubat-ubat yang diterima itu tidak memudaratkan kesihatan anak walaupun sudah diberitahu yang anak penghidap G6PD.


SERANGAN...

Antara serangan spontan sekiranya terlanggar 'pantang larang':

- Sesak nafas
- Pitam
- Demam
- Sakit belakang
- Pening
- Menggigil
- Anemia
- Pneumonia

TANDA- TANDA PENGIDAP G6PD...

- Kencing berdarah
- Demam kuning (Joundice)

OK lah u alls..... rase nye dah byk info ringkas lagi mudah paham yang ieja share..
kepada ibubapa or pengidap G6PD, ieja nasihatkan u alls agar lebih berhati-hati dengan makanan, persekitaran mahupun ubat-ubatan kerana ia boleh menyebabkan serangan yang membawa maut !!... huk3x...