~ AIMY IRDINA DAN SOLID FOOD ~

Hai2 u alls... suasana pagi di opis ieja ari nie
sgt2 la sunyi dan sepi... mane la sume owg nie ea ???...
al maklum la msing2 bz dgn meeting...kursus..KIK... outstation dll...

Dengan kehendak kerja yg tak terlalu mendesak <ewahh2..alasan je tu..hoho>
Ieja nak story2 psl aimy dan solid food... Ehm..actually ieja dah 2 bulan
bagi aimy solid food.. tapi baru ari ni brkesempatan nak story kt u alls.. hihihi..

 Ieja start bagi solid food pada aimy semasa dia berumur 5 bulan 2 minggu...
< time tu mak mentua ieja dah bising2 ble nak bg aimy mkn !!> 
memula cam benggang gk tp ble pk balik... ok kot sbb bleh bg intro dlu kat aimy..
<nk sodapkn ati je tu.. huhu>

Ok lah.... First2 ieja bagi aimy makan shari skali je...  Ieja start solid food dgn puri buah mcm epal dan pear....nmpk nye aimy lebih suka epal dari pear.. ieja tgk najis dia pun ok so ieja continue dgn epal...wahh... bukan main seronok lg aimy time memula ieja suapkan dia puri.. nyamm3x.... 'dap nye ma'... Em...itu ieja yg ckp sendiri...  hahaha..

After seminggu... ieja tukar pulak dgr puri sayur...mcm keret, kentang dan brokoli..
Aimy xsuke langsung brokoli.. so skali je bg kat dia... keret pulak najis dia 'xcantik' mksd nye berketul2.. so ieja stop keret... tp kentang dia nak dan najis dia cantikkk... hihihi.. so continue kentang... Erm... kesian aimy kan... mcm jadi bahan uji kaji pulak... tp nasib baik perut dia ok... xkembung or cirit birit... ^_^

Selama 2 minggu aimy makan puri buah dan sayur.... Genap 6 bulan... baru ieja bagi aimy makan bubur nasi dan juga nestum.... next entry la ieja share resepi2 kat u alls ea...   

Ok la actually ieja ada sikit info dan panduan kpd mama2 diluar sana untuk memulakan makanan pelengkap untuk bayi meraka.


BILA UNTUK MEMULAKAN MAKANAN PELENGKAP :

1. Bayi boleh duduk dgn sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan dpt mengawal kepadanya.

2. Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.

3. Boleh mengawal lidahnya dengan lebih baik.

4. Mula mengunyah atau menggerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah.

5. Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya.

6. Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.


SEKERAP MANA UNTUK MEMBERI MAKANAN PELENGKAP KEPADA BAYI:

1. 6 - 8 Bulan : Makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi 5-6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu diberikan tetapi boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi.

2. 9 - 11 Bulan : Makanan utama 3-4 kali sehari ditambah dengan 1-2 snek berkhasiat.

3. 1 - 2 Tahun : Makanan utama 4-5 kali sehari ditambah dengan 1-2 snek berkhasiat.



MAKANAN PELENGKAP YANG PATUT DIBERIKAN MENGIKUT USIA BAYI :

Usia BayiKumpulan bijirinBuah-buahanSayuranKumpulan Daging dan AlternatifTekstur Makanan
6-8 BulanBeras, barli, oatEpal, pisang, pear, prunKacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pisAyam, tauhu, ikanCair, puri, kisar, lenyek
8-10 BulanBeras, barli, oat, biskut tawar pelbagai bijirinEpal, pisang, pear, prun, betik, anggurKacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, kacang buncis, kacang panjangAyam, tauhu, ikan (seperti tenggiri, kurau) kuning telur, kekacang, daging lembuCincang, dadu, cincang halus, makanan lembut
10-12 BulanBeras, barli, oat, biskut tawar pelbagai bijirin, bijirin gandumEpal, pisang, pear, prun, betik, anggur, buah-buahan sitrus, beriKacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, jagung, bayam, kacang buncis, kacang panjangAyam, tauhu, ikan (seperti salmon, ikan merah) seluruh telur (12 bulan), kekacang, daging lembuPotongan kecil, kuib kecil/ketulan makanan lembut


Sekarang ni ieja akan bgn awal untuk msk kn bubur aimy... tapi kalo trlajak... nenek dia suap kn nestum jela... ksian aimy kan.. huk3x..Em... actually mak mentua ieja yg jaga dan mengasuh aimy.. hihihi....

Kalo nk jalan2 or kua gi mkn2... makan aimy perlu dibawa... kalo x.. meleleh la air liur ank ieja tgk mama papa dia mkn...huhuhu...

Aimy dengan en.suami menunggu pesanan makanan sampai dgn sabar... ^_^

 
Wahhh rase nye dah banyak sangat info yg ieja share
kepada mama2 yg nak start bagi solid food pada ank2 mereka...
Next entry la ieja akan share resepi2 nye pulak ea...
ok u alls... JAGA DIRI... JAGA SUAMI... JAGA ANAK-ANAK jupe lg... bubye !! hihihi...