~ wedding ain & boy ~

Hye3x u alls.... ari nie ieja nak story ngan u alls
bout wedding cousin en.suami(ain) yang berlansung pd
29hb september yang lalu kat Chini, pahang....

Ieja n family-in-law pegi hari jumaat n stay 1 nite
kat umah pengantin pempuan...
suasana kenduri kawen...haruss la meriah kan...

Ieja ade snap bape pic untuk dijadikan kenangan
so JOMM layaannnn..... hehehee.. ^_^




 
Ermmm3x... Testing2x.... hehehe... First of all.... haruss la pic empunya kemera... betul x... smileee .... 

Ieja n adik2 en.suami Fazreen n Faizah..... ^_^

Wif my mother-in-law n Faizah..... hihii..

Jeng3x.... ade juga terselit en.suami ieja nie... dia la yg paling menyibukkan diri time majlis tu berlansung... hahaha..(pura2 sibuk je) !!!

Ok... bergamba atas pelamin before pengantin sampai.. :)


Opss.... kompong dah berbunyi.... pengantin sudah sampai... jom snap gamba pengantin pulak... hehehe....






 
Pengantin baru vs Pengantin lama... banyak nye perbezaan kn... especially tang perut!!! hahaha...

Tahniah ain... kak ieja doakan ain n suami akan berbahagia hingga ke anak cucu k....
  

Ok..... lastly ieja yang suka bergamba.... hahaha ..... smilee..... ^_^

~ Menu makanan berkhasiat ibu hamil ~

Seperti yang kite sume tahu... bile kandungan
ibu sudah masuk 6 bulan.. selera ibu smakin
bertambah.... ade tu sampai 3 4 kali ganda
before pregnant... so get ready mummies to be!!!
of course berat badan kite akan naik serta merta... >_<

Memang tak di nafikan sume fakta pasal selera makan
ibu2 pregnant nie... bukan nk manja atau mengada2
tapi tu lah hakikat nye....sbb ieja sendiri mengalami nye...hihi

Saba je en.suami melayan kerenah ieja yg nak makan itu n ini...
hahaha.. nak wat caner dah teringin mcm2... 
'kate owg kalo nak mkn, baik mkn skrg sbb nti time berpantang
dah tak boleh nak makan mcm2 dah... '
(pandai la sgt ieja cari alasan kan.. hihi... tp mmg betul wat) 



But one thing yang u alls kne igt n taw.... (warning utk diri ieja sendiri !!)
makan lebih tu tak salah sebab ibu makan utk baby n diri sendiri...
tapi kena lah beringat dan jaga keseimbangan khasiat makanan
yang kite makan seperti sayuran dan buah-buahan....

Ok ieja ada menu yang gerenti berkhasiat dan seimbang
untuk mummies to be... so boleh la kite sama2 amalkan :)

Menu ibu hamil

SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI

2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI

1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG

1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM

1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai




Antara Makanan Yang Berkhasiat

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis... Jenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.
(Iyee.... memang sangat betul... sekali makan tapi penuh khasiat utk baby)

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat.
Adalah lebih baik jika mengurangkan pengambilan jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat. (iyeee... ingat tu ieja)

Antara Makanan Yang Perlu Dielakkan

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan kerana mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksoplasmosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan baby dalam kandungan kite.

Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran dengan baik, apalagi untuk salad atau ulaman yang dimakan mentah. Hindari atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandungi toksoplasmosis.

Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diare yang berat pada ibu hamil.


Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandungi tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA rekomendasi ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebatas 12 ons perminggu.

Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai risiko membawa listeria. Listeria tipe bakteria yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran, kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai kite melahirkan baby.

Jangan minum yang mengandungi alcohol kerana ia akan menyebabkan kelainan perkembangan pada janin ada juga problem emosional pada baby.

Minuman yang mengandungi cafein seperti kopi, teh juga perlu di hindari atau dibatasi kerana dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga akan mengurangkan penyerapan zat besi.


Kesimpulannye, kite as a mummies to be,
amat penting untuk mencuba dan menambahkan
pengambilan vitamin dan mineral tertentu
(seperti asid folik dan zat besi).

Kite perlulah mengehadkan makanan ringan sebab ia
hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan
sedikit atau tiada nutrien.

Jika diet kite tidak begitu baik pada mulanya, 
adalah sangat penting untuk kite membuat perubahan
diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat
dan seimbang.

Ingat u alls!!! perkembangan baby dalam kandungan 
kite tergantung dari apa yang kite makan selama kehamilan.^_^



~ Tiga Trimester Kehamilan ~

Ketika melayari internet....
ieja tertarik dgn word 'Trimester Kehamilan'
Wahh .... ape kah itu?? hehe..
Maklum la sejak 2 menjak nie.... sebut je
pasal pregnant... kehamilan... ibu mengandung...
(cehh... padahal benda yg sama !! hua3x)
ieja jadi sgt teruja n excited terlebih nak taw itu n ini...
mula la nak siasat n kaji mcm2x... so layan kan jela u alls... hehe...

Ok lah... back to topik entry ieja kali nie.....
Hasil siasatan ieja (cehhh..mcm polis n ahli forensik la plak... hihi),

Proses kehamilan (gestasi) berlangsung selama 40 minggu atau 280 hari
(bersatunya sperma dengan telur) yang dihitung dari hari pertama
menstruasi terakhir. Walaubagaimanapun usia janin sendiri adalah 38 minggu.

Dalam dunia kedoktoran, proses kehamilan dibahagi menjadi tiga fasa
yang sesuai dengan pertumbuhan fisik bayi dan fasa tersebut disebut TRIMESTER.
(owh... so... that the meaning of trimester.... hihii..) 

Berikut adalah perkembangan janin pada tiap-tiap trimester
menurut usia janin, iaitu sejak konsepsi (bercantum nye sperma dan telur)
sampai kelahiran (38 minggu).

Trimester Pertama (Minggu 0 – 12)
  • fase-germ-dan-embrioPeriode Germinal (Minggu 0 – 3)
    • Pembuahan telur oleh sperma terjadi pada minggu ke-2 dari hari pertama menstruasi terakhir.
    • Telur yang sudah dibuahi sperma bergerak dari tiub fallopi dan menempel ke dinding uterus (endometrium).
  • Periode Embrio (Minggu 3 – 8 )
    • Sistem syaraf pusat, organ-organ utama dan struktur anatomi mulai terbentuk.
    • Mata, mulut dan lidah terbentuk. Hati mulai memproduksi sel darah.
    • Janin berubah dari blastosis menjadi embrio berukuran 1,3 cm dengan kepala yang besar
  • Periode Fetus (Minggu 9 – 12)
    • Semua organ penting terus bertumbuh dengan cepat dan saling berkait.
    • Aktivitas otak sangat tinggi.

Trimester kedua (Minggu 12 – 24)
  • periode-fetusPada minggu ke-18 ultrasongrafi sudah boleh dilakukan untuk melihat kesempurnaan janin, posisi plasenta dan kemungkinan bayi kembar.
  • Jaringan kuku, kulit dan rambut berkembang dan mengeras pada minggu ke 20 – 21
  • Indera penglihatan dan pendengaran janin mulai berfungsi. Kelopak mata sudah dapat membuka dan menutup.
  • Janin (fetus) mulai tampak sebagai susuk manusia dengan panjang 30 cm.

Trimester ketiga (24 -40)
  • Semua organ tumbuh sempurna
  • Janin menunjukkan aktiviti motorik yang terkoordinasi seperti menendang serta tidur dan bangun. Masa tidurnya jauh lebih lama dibandingkan masa bangun.
  • Paru-paru berkembang pesat menjadi sempurna.
  • Pada bulan ke-9, janin mengambil posisi kepala di bawah, siap untuk dilahirkan.
  • Berat bayi lahir berkisar antara 3 -3,5 kg dengan panjang 50 cm.

~ Masalah - masalah wanita hamil ~

Entry kali nie, ieja nak teruskan siasatan
nape bakal mama2 ni kerap sgt buang air kecil... bahaya ke??...
(sebab ieja pun mengalami masalah yang sama) .... dan juga
masalah-masalah hormon wanita hamil.... 

Puas la ieja menyiasat ... akhirnye terjawab
segala persoalan di hati ieja ni.... (ceh wah2x... hihihi)...
Ok2x... sume nya ada di blog PamaKarangkraf ....
kalo u alls rajin mengkaji itu dan ini, klik je website tu ea...

 

Kenapa wanita hamil kerap membuang air kecil ???

Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal mama akan meningkat dua liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi mama serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin.

Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kencing. Manakala peningkatan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.

Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim.

Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang berlaku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hamil kerap membuang air kecil.

Cara Mengatasi :

Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafien, kopi, teh mahupun air berkarbonat.

Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Sekiranya perlu berulang ke tandas, ia hanya akan dilakukan di siang hari dan bukannya pada sebelah malam sehingga mengganggu waktu tidur. Pastikan pundi kencing benar-benar kosong setiap kali membuang air kecil.

Pastikan membuang air kecil sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja agar tidak perlu bersusah payah mencari tandas ketika dalam perjalanan pergi dan balik.

Berhati-hati sewaktu membuang air kecil. Sekiranya merasakan seakan terbakar pada alat sulit, ia merupakan tanda berlakunya jangkitan kuman pada saluran pundi kencing yang kerap berlaku kepada wanita hamil. Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah sedemikian.

Kenapa kulit wanita tidak sekata Ketika Hamil ???

Gangguan hormon di kalangan wanita hamil boleh menjejaskan tahap kesihatan wanita hamil baik dari segi emosi mahupun fizikalnya. Peningkatan kadar hormon estrogen akan menghasilkan kulit tidak sekata dan berbelang. Keadaan ini dinamakan ‘topeng kehamilan’.

Rangsangan kurang aktif dari Melanocyt Stimulating Hormon (MSH) dari kelenjar endokrin di otak akan merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen pada kulit. Akibatnya, wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang menyebabkan kulit kehitaman di bahagian tertentu seperti, leher, ketiak dan muka.

Cara Mengatasi :

Apabila keadaan ini berlaku, bakal mama boleh mengatasinya dengan mengelakkan diri dari terdedah secara langsung dengan sinaran matahari. Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri dari pancaran matahari. Boleh juga menggunakan krim pelindung matahari untuk mengurangkan warna gelap pada kulit yang terlibat.


Kenapa wanita hamil mengalami sendi longgar ???

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sendi longgar. Hormon relaksin yang meningkat bertujuan untuk melonggarkan ligamen agar jumlahnya boleh membesar selaras dengan bertambahan saiz janin.

Kesan sampingan daripada keadaan ini adalah menyebabkan semua bahagian sendi pada tubuh menjadi longgar malah wanita hamil kerap mengalami kepedihan dan mudah cedera ketika terjatuh.

Cara Mengatasi :

Bagi mengurangkan masalah ini, wanita hamil boleh melakukan senaman ringan yang khusus untuk mengatasi masalah pedih dan nyilu. Semasa bergerak, berjalan mahupun melakukan aktiviti cubalah belajar untuk lebih berhati-hati agar tidak jatuh dan cedera. Sekiranya berlaku kecederaan otot, segera dapatkan bantuan fisioterapi untuk mengurangkan rasa sakit.

Wanita hamil pelupa ???

Semasa hamil juga, wanita mudah menjadi pelupa. Hal ini kerana hormon oksitoksin di dalam tubuh memunculkan kesan amnesia atau pelupa kepada ibu. Namun, kenaikan hormon seks akan mempengaruhi bahagian otak yang berfungsi dalam ingatan istimewa.

Sebaiknya cuba catat aktiviti yang bakal dijalankan dalam gajet ataupun diari anda. Berusaha untuk belajar bertenang dan jangan panik sekiranya mengalami penurunan daya ingatan kerana selepas bersalin ianya akan pulih semula.

 

~ Perkembangan kehamilan bulan ke 6~

Hari nie bermula hari pertama minggu ke 23....(5 bulan 4 minggu)
tak tahu kenapa hari ni rase sgt2 lesu n tak bermaya
(moody semacam je) ... huhuhu...

Mane tak nye u alls... asyik ke toilet je...
membuang air kecil...sampai rase dah penat nak jalan...
nak bgn pun dh mls sbb baru jalan sikit dah rase semput
pinggang n kaki jgn ckp la rase lenguh memanjang...
kenapa ea ieja rase camnie... ehm.... ape lagi ieja pun
mulakan lah siasatan even byk gak keje kat opis nie...

Jeng3x.....akhirnya ieja tahu nape ieja rase camnie...
so jom kite kaji !!! ^_^

Perkembangan kehamilan bulan ke 6

Baby :
  • Mempunyai sifat yang lebih sempurna seperti : Rambut, kening & bulu mata mulai lebat; Kulitnya halus, sehalus kulit bawang; Bahagian tulangnya juga mengeras; Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. (Erm...sebab tu perut ieja dah semakin membuncit ke depan... hehehe...)
  • Pergerakan bayi adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu.     (owh patut lah baby ieja semakin kerap bergerak2x... rupanya dia dah semakin besar dan cergas... ok... go go go baby mama !!! >_<)
Mama :
  • Akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh2, bisa2 di bahagian kaki & sekitar belakang pinggang. (Yup.... betul tu .... memang ini lah yang ieja rase skrg !!! )
  • Selera makan yang semakin tinggi dan akan sentiasa berasa lapar. Mengalami masalah kenaikan berat badan yang menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis & kaki. (Last check up je berat ieja dah naik 2 kg !!!.... arghh scare nye.... )
  • Kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Adakala terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj. (Yang ini ieja belum mengalami nye lagi..... huk3x)
Tips untuk mama2 yang ada masalah sakit dan lenguh pinggang
  • Banyakkan exercise dan jangan duduk dalam tempoh yang lama
  • Pakai pakaian longgar dan selesa.
  • Sentiasa sapu balm/minyak bagi kurangkan sakit dan elakkan terlalu banyak makan ubat.
  • Elak melakukan kerja2 berat.
  • Pakai kasut yang rata dan selesa. Jangan pakai kasut tinggi.
  • Tidur, duduk dan berdiri ikut posisi yang betul. Lapik bantal kat pinggang supaya lebih selesa.
  • Jangan makan benda sejuk dan berangin.
  • Minum susu lebih kerap. Kalau tak lalu susu, boleh ambil pil kalsium.
U alls jangan sangka sakit yang remeh n temeh nie tak bahaya...
kadangkala, sakit pinggang masa hamil ni boleh menjadi masalah serius seperti:
  • Buah pinggang bengkak
  • Dijangkiti kuman pada saluran kencing
  • Kedudukan bayi yang songsang
So walau apa pun masalah kita, jangan biar ia berlarutan.
pergi lah berjumpa doktor dan seeloknya buat ultrasound
KUB bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul.



~ Pertumbuhan bayi di dalam kandungan ibu ~

Hari nie sudah genap 22 minggu (5.2 bulan) ieja pregnant...
Sejak masuk 20 minggu nie memang dah byk sgt perubahan
yang ieja, en.suami n owg sekeliling ieja perasaan...
terutama sekali tang perut.... hehehe

Mana tak nye u alls... byk baju n seluar ieja yang
dah ketat lg sempit... jeans jgn ckp la...
memang langsung dah tak leh pakai...
t-shirt plak sume dah nampak seksi ble pakai... huk3x...

Tiap malam time nak iron baju, mula lah pening n tension
sbb tak tahu nak pakai baju apa ke opis...
kate owg skrg nie ieja dah boleh start pakai uniform !!!

What uniform apa kah ??? hahaha... ape lagi uniform
utk ibu2 mengandung lah...

Even berat badan ieja dah bertambah,
perut sudah mulai buncit ke depan....
tp ieja langsung tak rase malu mahupun segan
sebalik nye rase teruja n hepi sgt3x...
because..... there's a baby in my tummy !!!

So hari nie ieja nak share ngan u alls n bakal ibu2
pasal pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu
selama 9 bulan.... sangat menarik... ^_^



Minggu 1

Hari Pertama
Persenyawaan berlaku

Hari ke-3
Terbentuknya bebola di salur rahim yang dinamakan morula.  Dari morula akan bertukar blastosista dimana terbentuknya ruang di dalam morula.

Hari ke-5 hingga ke-6
Blastosista bergerak ke dinding rahim.


Minggu ke-2 hingga ke-3

Hari ke-7 hingga ke-21
Embrio terbentuk dan melekat di dinding rahim.

Hari ke 21
- Wanita menyedari dirinya tidak mengalami haid. 
- Kehadiran hormon gonadotropin dalam air kencing.

Minggu ke-4 hingga ke-8

- Embrio sudah mempunyai sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas tetapi tidak boleh berfungsi.

Minggu ke-9 hingga ke-12

- Jantung janin berdegup cepat.
- Darah beredar melalui salur darah.
- Perut janin mula aktif.
- Ginjal mula berfungsi.
- Uri kian membesar.
- Organ utama tubuh sudah terbentuk.

Minggu ke-13 hingga ke-16

- Otot semakin aktif.
- Jantina boleh dikenal pasti.
- Uri sudah lengkap terbentuk.
- Uri dihubungkan melalui tali pusat.
- Tali pusat membawa makanan daripada ibu dan membawa sisa janin kepada ibu untuk dikumuhkan.
- Janin mula menghisap ibu jari.

Minggu ke-17 hingga ke-20

- Janin menyerupai bentuk manusia.
- Bulu roma halus mula tumbuh pada kulit.
- Rambut, bulu kening dan bulu mata mula tumbuh pada kulit.
- Mata masih tertutup.
- Kuku mulai kelihatan.
- Perkembangan uri semakin perlahan manakala janin semakin membesar.

Minggu ke-21 hingga ke-26

- Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma.
- Mata mulai membuka dan mengatup.
- Otot pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental.
- Ibu mula terasa kandungan dalam perut.

(p/s: iye time nie baby dah mula bergerak n menendang... hihihi)

Minggu ke-26 hingga ke-29

- Paru-paru dan salur darah sudah berkembang bagi membenarkan pertukaran gas.
- Badan janin kurus.
- Warna kulit kemerahan  dan diliputi lapisan pelindung.
- Janin boleh membuka mata.
- Degup jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas.
- Janin bergerak aktif.
- Ibu boleh merasa tendangan janin.

Minggu ke-30 hingga ke-38

- Kulit janin kemerahan dan berkedut.
- Tulang kepala lembut.
- Peparu sudah boleh berfungsi.
- Janin boleh mendengar bunyi yang kuat.
- Janin memberi maklumbalas dengan menggerakkan kaki dan lengan.
- Rupa janin bertukar menjadi bayi yang berisi.


Minggu ke-38

- Janin sudah sempurna anggota tubuhnya dan bersedia ke alam baru.


Kepada sesiape yang nak taw lg banyak
tips n info pasal pregnant cer klik kat sini ....
sebab ieja pun copy n paste je...
ape2 pun tq kak nor for da info... ^_^
Ok la u alls, ieja berundur dulu...

~ I'm pregnant ~

what ??!! ieja pregnant !!...
Ah mesti ada di antara u alls yang sgt terkejut dgn
statement ieja kan... hehehe...

Actually sampai sekarang ieja still tak percaya...
tapi jodoh pertemuan, ajal maut semua kuasa
ALLAH S.W.T... termasuk lah rezeki kan...

So hari nie ieja nak share ngan u alls,
mane la tahu boleh jadi panduan
kepada para pengantin2 baru n bakal ibu2..... ^_^

Memang seperti di duga, after je majlis akad nikah
ieja period !!.... memang risau sangat time tu...
sebab ieja ada period cramps yang sgt teruk....

Untuk mengelakkan kesakitan yang teramat semasa
bersanding, ieja pun telan 2 biji penadol...
fuh lega... sebab time bersanding perut tak sakit....

Dalam kes ieja nie... boleh la dikatakan 'bunting pelamin'
sebab selepas majlis akad nikah tu ieja langsung tak period...
memula risau n takut jugak.. almaklum la ieja tak pernah tak
period sepanjang 'anak dara'.

Hampir sebulan setengah ieja tak period...
ramai yang nasihat kn ieja utk wat pregnancy test..
first time wat pregnancy test, ieja wat seorang diri di toilet...
menang berdebar time tunggu result keluar ....

jeng3x... seperti yang dijangka ada muncul 2 line pink
pada pregnancy test tu... so maksud nye.... POSITIVE ...
hehehe... ieja sangat hepi time tu n terus inform kat en.suami

Ieja pergi ke klinik untuk dapatkan kepastian n
wat second pregnancy test.... result yang sama juga...
POSITIVE..... :)

After dua minggu, ieja pun pergi la ke Klinik Kesihatan di
Presint 9, Putrajaya utk double confirm... sebab kalo
betul ieja pregnant, ieja nak terus buka buku mengandung...



Tapi hancur hati n menitis air mata ieja bile doktor tu gtaw
yang ieja tak pregnant ..... sebab result pregnancy test NEGATIVE....
huk3x.... rase hilang semangat diri time tu... tapi nasib baik la
ada en.suami kan... dia lah yang pujuk ieja supaya sabar...

Wahhh... sudah 3 bulan ieja tak period time tu...
alahai risau nye rase hati... so mula mcm2 la yg ieja pikir.. huhu..
tp sepanjang 3 bulan nie selera makan ieja memang melampau2..
asyik nak makan je keje nye... dok kat opis sambil wat keje
mesti nak kne menguyah something..
dulu2 before kawen tak de lah pulak camnie,
mybe time tu diet sebab nak kawen kot...

Time tu ramai yang nasihat kan ieja supaya scan utk confirm
kan betul2 samada ieja nie pregnant ke x...
yela bahaya kot kalo sowg ibu tak tahu yg diri dia pregnant kan...
lagi pun cian kt baby sebab tak dpt ape yang patut dia dapat
pada awal kehamilan ibu....

So selepas berpikir panjang dan berbincang dgn en.suami,
ieja pun nekad gi klinik swasta di serdang utk wat confirmation...

Arghhhh.... alangkah terkejut nye ieja bile doctor letak kan
alat scaner kat perut ieja.... ieja dah leh nampak baby dalam
rahim ieja pada skrin komputer.... hanya ALLAH je yg tahu
perasaan ieja time tu.... Dah 3 bulan kan, so boleh
dikatakan baby sudah ada kaki n tgn yang sempurna....

Syukur alhamdulillah.... even time doctor kat klinik kerajaan
ckp ieja tak pregnant, ieja still berjaga2 seperti jaga makan, jaga
pergerakan, tingkah laku dan perkataan....

So bermula la pengalaman ieja untuk menjadi bakal ibu....
bile tanya perasaan... memang sukar untuk diluahkan....
gembira, terharu, takut, berdebar2, gabra, risau semua ada...
hanya mereka2 yang sudah menjadi ibu je yang tahu perasaan ieja nie...



Doa ieja.... semoga ALLAH pelihara dan lindungi baby ieja...
sempurnakan pertumbuhan nye.... permudahkan dan tabahkan
ieja untuk lalui pengalaman yang bahagia nie....
sesungguhnya ieja sangat bersyukur dengan rezeki zuriat
yang ALLAH kurniakan ini.... aminnnn..... (^_^)