~ Menu makanan berkhasiat ibu hamil ~

Seperti yang kite sume tahu... bile kandungan
ibu sudah masuk 6 bulan.. selera ibu smakin
bertambah.... ade tu sampai 3 4 kali ganda
before pregnant... so get ready mummies to be!!!
of course berat badan kite akan naik serta merta... >_<

Memang tak di nafikan sume fakta pasal selera makan
ibu2 pregnant nie... bukan nk manja atau mengada2
tapi tu lah hakikat nye....sbb ieja sendiri mengalami nye...hihi

Saba je en.suami melayan kerenah ieja yg nak makan itu n ini...
hahaha.. nak wat caner dah teringin mcm2... 
'kate owg kalo nak mkn, baik mkn skrg sbb nti time berpantang
dah tak boleh nak makan mcm2 dah... '
(pandai la sgt ieja cari alasan kan.. hihi... tp mmg betul wat) 



But one thing yang u alls kne igt n taw.... (warning utk diri ieja sendiri !!)
makan lebih tu tak salah sebab ibu makan utk baby n diri sendiri...
tapi kena lah beringat dan jaga keseimbangan khasiat makanan
yang kite makan seperti sayuran dan buah-buahan....

Ok ieja ada menu yang gerenti berkhasiat dan seimbang
untuk mummies to be... so boleh la kite sama2 amalkan :)

Menu ibu hamil

SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI

2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI

1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG

1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM

1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai




Antara Makanan Yang Berkhasiat

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis... Jenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.
(Iyee.... memang sangat betul... sekali makan tapi penuh khasiat utk baby)

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat.
Adalah lebih baik jika mengurangkan pengambilan jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat. (iyeee... ingat tu ieja)

Antara Makanan Yang Perlu Dielakkan

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan kerana mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksoplasmosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan baby dalam kandungan kite.

Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran dengan baik, apalagi untuk salad atau ulaman yang dimakan mentah. Hindari atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandungi toksoplasmosis.

Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diare yang berat pada ibu hamil.


Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandungi tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA rekomendasi ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebatas 12 ons perminggu.

Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai risiko membawa listeria. Listeria tipe bakteria yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran, kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai kite melahirkan baby.

Jangan minum yang mengandungi alcohol kerana ia akan menyebabkan kelainan perkembangan pada janin ada juga problem emosional pada baby.

Minuman yang mengandungi cafein seperti kopi, teh juga perlu di hindari atau dibatasi kerana dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga akan mengurangkan penyerapan zat besi.


Kesimpulannye, kite as a mummies to be,
amat penting untuk mencuba dan menambahkan
pengambilan vitamin dan mineral tertentu
(seperti asid folik dan zat besi).

Kite perlulah mengehadkan makanan ringan sebab ia
hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan
sedikit atau tiada nutrien.

Jika diet kite tidak begitu baik pada mulanya, 
adalah sangat penting untuk kite membuat perubahan
diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat
dan seimbang.

Ingat u alls!!! perkembangan baby dalam kandungan 
kite tergantung dari apa yang kite makan selama kehamilan.^_^



0 comments: